Thursday, February 25, 2010

Model Baru Ekonomi (MBE)

Sesuatu yang dinantikan dan diharap untuk menjana ekonomi ke arah yang lebih gemilang ....

  • Bakal diumumkan 30 Mac 2010
  • Sesuatu yang akan menggantikan Dasar Ekonomi Nasiaonal
  • Dikatakan untuk semua kaum tetapi tidak mengabaikan orang Melayu
  • Najib mengatakan pihak swasta sebagai enjin menggerakkan MBE.
  • MBE dikatakan akan menarik dan meyakinkan para pelabur.

Petikan Akhbar Utusan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lapan inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada:


  • Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
  • Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
  • Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
  • Memperkukuhkan sektor awam;
  • Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
  • Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
  • Meningkatkan sumber pertumbuhan;
  • Memastikan pertumbuhan yang mapan.


"Kesemua lapan inisiatif itu adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi." Kata Perdana Menteri


Matlamat MBE iaitu

  • berpendapatan tinggi,
  • kemapanan
  • dan keterangkuman


memerlukan kita mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya.

''Oleh itu, dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan yang holistik untuk menghapuskan semua halangan," katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2010 di sini hari ini.

Menurutnya, matlamat itu memberi penekanan kepada bina upaya bukan hanya pembangunan negara semata-mata sebagai langkah mencapai pembangunan yang mapan.

Sebagai tambahan kepada laporan NEAC itu, beliau mahu tumpuan diberikan secara efektif ke atas sektor utama yang spesifik atau dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEAs).

''Ini adalah bidang di mana ekonomi negara mempunyai potensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi," katanya.

Berdasarkan pendekatan baru NEAC yang menyatakan bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu meningkatkan peranan sebagai fasilitator kepada pihak industri untuk berkembang maju.

Mengulas lanjut, katanya, majoriti inisiatif yang telah diwujudkan adalah berkaitan dengan semua faktor yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi negara.

''NEAC telah mengenal pasti sektor utama untuk membolehkan ekonomi negara maju dan berdaya saing dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup yang tinggi serta berpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang mapan.

''Banyak lagi yang perlu kita lakukan namun bagi meraih peluang yang ada sepenuhnya, kita perlu memberi fokus ke atas sektor-sektor utama ini," katanya.

* Nota :

Model Baru Ekonomi (MBE) pada asalnya disebut Model Ekonomi Baru (MEB)

2 comments:

keyboard man said...

Sertai komuniti myMetro
login|daftar
Selasa, 14 Disember 2010 Versi MobileRSS1klassifiedsiMetroAkhbar DigitalTeam MetroUTAMABERITAEKSTRAMETROPLUSGIGSHATIRAPVARIASITANYA PAKARBIMBINGANKOLUMNISARKIB SEMINGGUVIDEOmyMetro Setempat
PM lancar MBE Bahagian Akhir

PUTRAJAYA: Laporan Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia (MBE) - Bahagian Akhir yang dilancarkan semalam menjadi pelengkap kepada pelan hala tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan menjelang 2020.

Bagaimanapun, MBE bukan satu penyelesaian segera, tetapi menjadi satu misi yang perlu ditempuh semua pihak termasuk kerajaan sektor swasta dan rakyat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, MBE menggariskan bidang dasar utama yang perlu diberi perhatian dalam bentuk lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) untuk menghilangkan halangan dan sekatan yang menahan ekonomi negara ini dari mencapai potensi maksimum.


Katanya, SRI adalah bersifat terjalin dan memberi kesan kepada semua sektor ekonomi, justeru, ia perlu dilaksanakan secara konsisten dan holistik bagi memastikan hasil yang diharapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan ETP dapal dicapai.


“Transformasi ekonomi yang diperlukan adalah berdasarkan rangka kerja strategik yang mudah, di mana ia hendaklah sekali gus menangani pertumbuhan dan keterangkuman.


“Terdapat empat teras dalam MBE yang merangkumi SRI yang sudah ditetapkan di mana tiga daripadanya bertujuan meningkatkan pertumbuhan manakala teras keempat untuk memastikan keterangkuman dan perpaduan sosial,” katanya selepas pelancaran Laporan Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia (MBE)- Bahagian Akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Najib berkata, teras berkenaan adalah mewujudkan persekitaran berdaya saing, mampan dan inovatif untuk mendayakan kembali pelaburan swasta, mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan tenaga kerja berkualiti dan keperluan mentransformasi kerajaan.


Teras keempat mengenai keterangkuman serta keperluan merapatkan jurang untuk membolehkan rakyat menikmati pertumbuhan dan kemakmuran.

Walaupun cadangan dasar dalam keempat-empat teras tidak bersifat menyeluruh, tetapi ia adalah dasar utama yang mempunyai kesan tinggi dan lebih penting jika dasar ini boleh dicapai melalui program pelaksanaan bersepadu dan selaras, ia akan mewujudkan momentum yang dapat mentransformasi ekonomi dalam cara berkesan dan mampan.


“Kita akan mengalami impak lebih berkesan yang akan merubah ekonomi dan kehidupan dengan lebih baik,” katanya.


Beliau berkata, pelaksanaan MBE perlu dilakukan melalui pembinaan momentum yang berterusan supaya tidak kehilangan arah.

Unknown said...

Saya ada soalan mbe ini dah ditukarkan jd deb ke?dasar ekonomi baru